Khamis, 8 Mei 2014

Betuikah tindakan yg diambil oleh Kabinet untuk mengugurkan kaum ???

Gugurkan kaum dan agama?

Pelanduk yang ditembak, gajah pula yang mati – Peribahasa.
“There are no mistakes in life, only lessons. But if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake” – Anonymous.
KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA YANG BERAGAMA ISLAM, DIUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN YANG MULIA INI. SEMOGA IBADAH KITA YANG IKHLAS UNTUKNYA DITERIMA OLEH ALLAH SWT. AMIN YA RABBAL ALAMIN.
1. Telah dilaporkan bahawa kabinet sedang menimbangkan syor untuk menggugurkan maklumat ‘kaum’ dalam semua borang / dokumen rasmi. Alasan yang diberikan ialah untuk menghapuskan pengenalan kaum. Kemudian ada pula syor supaya digugurkan juga ‘agama’.
2. Sebelum kabinet menyetujuinya, isu-isu berikut hendaklah diselesaikan/dijawab terlebih dulu:
• Perlembagaan Malaysia hanya menyebutkan secara khusus / mengiktiraf lima sahaja kaum di negara ini iaitu (1) Orang Asli (Perkara 160), (2) Melayu (Perkara 160), (3) Bumiputera Sarawak [Perkara 161A (6) (a) & (7)], (4) Bumiputera Sabah [Perkara 161A (6) (b)] dan (5) kaum-kaum lain.
Pada hemat saya, ‘kaum-kaum lain’ adalah satu residue yang tidak disebut dan ditakrifkan oleh Perlembagaan; contohnya kaum Cina dan India tidak disebut langsung.
Justeru adakah pencadang dan penyokong syor ini dengan sengaja hendak menyanggah Perlembagaan dan sekali gus mahu menggolongkan semua 4 kaum itu sama statusnya dengan kaum yang kelima (lain-lain)?
Adakah syor tersebut dengan sengaja hendak menghapuskan identiti Melayu/Bumiputera dan segala hak serta keistimewaan yang berkaitan dengannya? Maka lengkaplah penghapusan identiti Melayu setelah hilangnya ‘Semenanjung Tanah Melayu’!
• apakah logik yang boleh diterima dek akal bahawa pengenalan kaum-kaum di Malaysia akan terhapus dengan sendirinya setelah menggugurkan perkataan ‘kaum’ itu sedangkan mereka yang menyokong syor tersebut turut mengakui bahawa melalui nama akan diketahui juga kaum masing-masing? Dalam pada itu, harus diingat bahawa, bagi tujuan penyimpanan pangkalan data dan analisa, komputer tidak dapat mengenali mereka.
• Apakah dasar / pendirian sebenar kerajaan berhubung proses mewujudkan perpaduan? Assimilasi, integrasi atau co-existence? Telah ditegaskan bahawa kerajaan tidak bertujuan ke arah assimilasi seperti yang berlaku di Indonesia dan Thailand. Kerajaan mahukan integrasi antara kaum tetapi ianya masih belum berlaku lagi; malah polarisasi kaum semakin ketara.
Apa yang sebenar berlaku ialah tahap toleransi antara kaum semakin terhakis dan yang wujud ialah uneasy racial co-existence. Justeru bagaimana pula pengguguran ‘kaum’ dan ‘agama’ ini boleh menyelesaikan masalah sebesar gunung Kinabalu itu? Dijangka kerajaan akan ditomahkan sebagai tidak bersedia ‘menggenggam bara api sehingga jadi arang’, jika syor tersebut dilaksanakan juga.
• Perlembagaan juga hanya menyebut dengan jelas agama Islam; yang lain disebut sebagai “ugama-ugama lain” [Perkara 3 (1)]. Sekali lagi perlulah ditanya sama ada para pencadang dan penyokong syor ini dengan sengaja hendak menyanggah Perlembagaan dan sekali gus mahu menggolongkan agama Islam itu sama statusnya dengan “ugama-ugama lain”?
Juga wajar ditanya, tanpa pengenalan agama, benarkah semua yang berbin dan berbinti itu beragama Islam dan mereka yang tanpa bin serta binti itu pula semuanya tidak beragama Islam? Sebahagian manusia mungkin dapat mengenali agama mereka tetapi komputer tidak mampu membezakan agama masing-masing.
• Selepas 52 tahun merdeka, kaum-kaum lain telahpun dengan berani dan lantang mempersoalkan kontrak sosial, menuntut kesamarataan, menghina Islam serta menderhaka terhadap Raja-Raja Melayu. Jika syor ini diterima, apakah pula mereka akan desak 50 tahun akan datang?
Tidak ada lagi hak istimewa untuk orang Melayu/Bumiputera kerana tiada lagi “kaum Melayu/Bumiputera”? Semua bahasa menjadi Bahasa Kebangsaan seperti di Singapura? Semua agama adalah agama rasmi? Institusi Raja-raja Melayu dihapuskan kerana sudah tidak ada lagi orang Melayu di negara ini? Adakah ulterior motive mereka yang sebenar ialah hendak menjadikan negara ini sebuah republik?
• Apabila agama Islam, Melayu dan Bumiputera tidak lagi diiktiraf dalam mana-mana dokumen rasmi, bagaimanakah hendak melaksanakan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang berkaitan dengannya seperti Perkara 3 (agama Islam), 38 (Majlis Raja-Raja), 39 (Kuasa pemerintah)), 89 (Tanah rezab orang Melayu), 90 (Tanah adat di Negeri Sembilan & tanah di Trengganu), 152 (Bahasa Kebangsaan), 153 (Hak istimewa orang Melayu), 160 (Tafsiran Orang Asli & Melayu) dan 161A (Kedudukan istimewa Bumiputera Sabah & Sarawak)?
Adakah peruntukan-peruntukan tersebut yang telah dipersetujui semasa hendak merdeka dulu akan terhapus atau hanya menjadi hiasan kertas seperti yang berlaku kepada Perlembagaan Singapura? Jika inilah sasaran mereka yang sebenar maka pelanduk yang ditembak, gajah pula yang mati!
Jika demikianlah maksud dan objektifnya maka bolehkan pula pihak lain menuntut supaya ditarik balik taraf kewarganegaraan yang telah diberikan kepada kaum imigran semasa hendak merdeka dulu dan kini dinikmati oleh anak cucu mereka?
• Bukankah mereka yang mengsyorkan ini sebenarnya tidak ikhlas dan barking at the wrong tree? Jika mereka benar-benar ikhlas hendak mewujudkan perpaduan kaum dengan menghapuskan pengenalan kaum dan membasmi polirisasi kaum maka punca utama perkauman iaitu sekolah pelbagai aliran hendaklah dihapuskan segera dan digantikan dengan sistem satu aliran sekolah kebangsaan untuk semua.
Syor ini TIDAK melanggar Perkara 152 (1) (a) & (b), Perlembagaan Persekutuan kerana pembelajaran bahasa ibunda masih diteruskan.
[Nota: sukalah ditegaskan bahawa apa yang dilindungi oleh Perlembagaan ialah mengajar / belajar / mengkaji bahasa kaum-kaum lain; bukannya melindungi aliran persekolahan seperti SRJK (C) & SRJK (T)].
• Jika syor menggugurkan ‘kaum’ dan ‘agama’ ini diterima maka data field bagi kedua-duanya tidak akan ada lagi dalam semua borang / dokumen rasmi seperti surat beranak dan kad pengenalan; juga akan digugurkan dari soal selidek seperti yang digunapakai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bagi data yang beribu dan berjuta banyaknya, bagaimanakah ianya boleh diproses dengan mudah untuk mengetahui profail atau taburan mengikut kaum dan agama? Tanpa maklumat seperti ini, bagaimanakah hendak menggubal dasar dan program yang berbentuk affirmative action seperti membasmi kemiskinan dan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi mengikut kaum, selaras dengan konsep 1Malaysia?
Kesulitan seperti ini pernah berlaku semasa hendak merangka RMKe-4 apabila syor yang sama dilaksanakan dalam tahun 1980an. Penyiasatan Hakmilik (Owenership Survey) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan serta merta dibatalkan. Lantaran data mengikut kaum telah tidak dapat dibekalkan. Maka EPU terpaksalah berfikir di luar kotak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan itu.
Adakah kerajaan bersedia untuk menghadapi situasi “pisang berbuah dua kali” kerana refused to learn from those lessons? Please remember “…if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake”.
3. Diharap Peguam Negara, Ahli MT UMNO dan pejuang-pejuang Melayu akan memberi nasihat perundangan yang betul, menyampaikan degupan jantung dan denyutan nadi rakyat yang tepat serta bercakap benar; bukan membenarkan cakap bos!
zahidrais_yatimTajudin Abd Rahmants_ahmad_sarjigani
Dari kiri – Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Utama Rais Yatim, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Tun Ahmad Sarji, Tan Sri Gani Patail
4. Sekiranya Jemaah Menteri berkeras juga untuk melaksanakan syor menggugurkan ‘kaum’ dan ‘agama’ ini maka eloklah semua pertubuhan / institusi yang menggunakan nama dan agama menukar nama masing-masing. Lebih bersatu-padu lagi jika semua organisasi yang bergerak atas nama kaum atau agama dibubarkan.
5. Dalam konteks ini, eloklah Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu menjadi hero dengan menukar namanya atau membubarkannya, selaras dengan slogan Kepimpinan Melalui Teladan! Setuju?
umno_logo
[Nota: rencana ini ditulis sebagai lanjutan kepada SMS yang saya edarkan kepada tokoh-tokoh politik dan akademik serta para peguam pada 19 Ogos lalu mengenai perkara yang sama. Semua yang responded BERSETUJU dengan apa yang saya SMSkan itu.]

Rabu, 16 April 2014

#Semasa : PAS Tetap Akan Laksanakan Hudud – Hadi Awang

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata hudud sudah wujud dalam PAS sebelum penubuhan pakatan.
“Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud),” katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini Selasa.
“Kita (PAS) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud,” katanya lagi.
Isu undang-undang hudud menjadi ‘duri dalam daging’ dalam pakatan pembangkang apabila PAS tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak.
Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh PAS bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.
Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang.
Sementara itu di KOTA BAHARU, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS Kelantan akan bertemu dengan sekutu mereka bagi membincangkan isu berkenaan.
“Kita nak berjumpa dan kita nak dengar apa alasan dia (DAP dan PKR) untuk tidak bersetuju dan mereka juga perlu dengar penjelasan kita. Soal dia nak setuju atau tidak, itu hak dia, kita tak paksa.
“(Cadangan) undang-undang itu sendiri sudah diterima di Kelantan dan sudah lama sebelum adanya pakatan, sebab itu sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.
“Jadi (isu itu) tidak berbangkit kerana Pakatan Rakyat datang kemudian dan tidak berhasrat untuk laksana di peringkat negara cuma minta di Kelantan sahaja,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Selasa.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berharap anggota parlimen daripada DAP dan PKR, terutama yang beragama Islam dapat menyokong anggota parlimen PAS Kelantan apabila usul khas berhubung hudud itu dikemuka di Dewan Rakyat kelak.
Beliau juga berharap Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bekerjasama memberi penerangan mengenai hukum itu kepada bukan Islam.
“DHPP dari awal lagi dia sokong PAS dan dia tahu PAS ini nak menegakkan undang-undang Islam dan bila dia sokong PAS, makna dia bersedia menerima perjuangan PAS… jadi dia kena mainkan peranan menjelaskan kepada orang bukan Islam (mengenai hukum, hudud),” katanya.

Selasa, 1 Jun 2010

Semoga Najib mengambil tindakan yang TEPAT!


Rombakan kabinet yang baru, menyaksikan kebanyakan Timbalan Menteri yang dilantik terdiri daripada mereka yang bergelar senator daripada MCA dan SUPP. Walaupun sedikit terkilan kerana pada pendapat Jitra Dengaq, MCA hanya berhak mendapat kedudukan ini sekiranya mereka BERJAYA meraih kembali SOKONGAN Pengundi Cina, namun sebagai Rakyat Malaysia yang menyokong penuh pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Jitra Dengaq mengharapkan tindakan yang di ambil Najib ini adalah TEPAT !

Berikut adalah Senarai Menteri Dan Timbalan Menteri Baru

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Berikut senarai menteri dan timbalan menteri baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

* Datuk Seri Kong Cho Ha -- Menteri Pengangkutan (jawatan lama: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)


* Datuk Wira Chor Chee Heung -- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (jawatan lama: Timbalan Menteri Kewangan)


* Datuk Rohani Abdul Karim -- Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (jawatan lama: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)


* Jelaing Mersat -- Timbalan Menteri Pengangkutan (jawatan lama: Timbalan Menteri Dalam Negeri)


* Datuk Lee Chee Leong -- Timbalan Menteri Dalam Negeri (jawatan lama: Timbalan Menteri Luar)


* Senator Heng Seai Kie -- Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (jawatan lama: Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan)


* Senator Datuk G. Palanivel -- Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (pelantikan baru)


* Datuk Richard Riot Jaem (Anggota Parlimen Serian) -- Timbalan Menteri Luar Negeri (pelantikan baru)


* Chua Tee Yong (Anggota Parlimen Labis) -- Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (pelantikan baru)
* Senator Datuk Donald Lim Siang Chai -- Timbalan Menteri Kewangan (pelantikan baru)


* Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz -- Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (pelantikan baru)


* Senator Gan Ping Sieu -- Timbalan Menteri Belia dan Sukan (pelantikan baru).
-- BERNAMA

Rabu, 7 April 2010

SAH ! MIC bertanding di Hulu Selangor...



Persoalan parti mana dari komponen BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor terjawab hari ini apabila perdana menteri berkata ia akan ditandingi oleh calon dari MIC.

"Kerusi (parlimen) Hulu Selangor akan ditandingi oleh seorang calon dari MIC, kerana itu kerusi MIC," kata Datuk Seri Najib Razak kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan siapakan calon dari MIC itu.

"Biar calon ditentukan oleh pengerusi BN (Najib) sebab saya nak kita menang," kata Najib yang juga pengerusi BN.

Sebelum ini, MIC telah mengemukakan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk bertanding sekali lagi di Hulu Selangor.

Umno bahagian juga mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.

Bagaimanapun, semalam dilaporkan bahawa, Umno boleh menerima calon dari MIC tetapi bukan Palanivel.

Sementara itu, naib ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Adnan Buyong, ketika diberitahu mengenai pengumuman najib itu berkata:

"Nak tanya apa? Pemimpin sudah umum. Dia pemimpin kita, apa dia cakap kita kena terimalah," katanya.

Ditanya sama ada ia akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Adnan menjwab:

"Kita sebelum ini bagi pandangan sahaja. Dia mungkin ada kajian dia (yang tersendiri). Dia pemimpin, makam (kedudukan) kita tak sama.

"(Ketawa) Apa dia kata kita kena terimalah," kata Adnan.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang kerana sedang sibuk berkonvenysen di Shah Alam.


CCTV : Nak tengok berapa Undi protes...

Rabu, 31 Mac 2010

Apa dah jadi ? Baru 2 tahun perintah dah jadi mcam nie??

16 Ahli Majlis MDKP Dakwa Difitnah Buat Laporan Polis

JITRA, 30 Mac (Bernama) -- Seramai 16 orang ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) pada hari Selasa membuat laporan polis kerana mendakwa mereka difitnah seorang pegawai majlis itu melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Kedah bertujuan menjatuhkan maruah mereka.

Mereka turut mendakwa surat bertarikh 11 Mac itu yang seharus menjadi rahsia telah tersebar luas kepada umum.

Jurucakap kumpulan itu, Basir Ismail, yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat Daerah Kubang Pasu berkata, surat yang dihantar kepada Menteri Besar menyatakan kakitangan MDKP kecewa kerana kerajaan Kedah tidak membuat tapisan untuk melantik mereka, kononnya ada antara yang dilantik itu mempunyai rekod jenayah, bankrap dan mengganggu pentadbiran majlis.

"Kami membuat laporan ini untuk membersihkan nama kami dan bagi membolehkan polis menyiasat surat tersebut," kata Basir.

Ketua Polis Kubang Pasu, Supt Sawaluddin Hamenuddin, mengesahkan polis menerima aduan itu.

-- BERNAMA


Kalau UMNO semua RASUAH tapi Kalau Pakatan Rakyat SEDEKAH....

… Dan bahawasanya Jutapan Sdn Bhd dengan pendaftaran No: 156857-D adalah sebagai ‘Pemohon’ bagi tanah seluas 500 Ekar yang berada di Mukim Pulai daerah Galas Jajahan Gua Musang. Dan bahawasanya telah dipersetujui bersama diantara pihak tuan dan kami untuk memberi sumbangan derma seperti berikut:

  • Sumbangan tunai kepada “PASTI” dengan jumlah sebanyak RM 350,000 (tiga ratus lima puluh ribu genap).

Sumbangan derma ini akan diderma keluar bagi pihak tuan, setelah kelulusan oleh projek permohonan Jutapan Sdn Bhd dari pihak Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa Negeri Kelantan. Dengannya persetujuan tersebut, syarikat kami berharap pihak tuan dapat memaklumkan surat persetujuan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa…”

Itulah cebisan daripada surat yang keluar daripada Mr. Pee Ching Chuan kepada Wan Mohd Jamil Bin Wan Mahmood, Pengarah PASTI Negeri Kelantan, yang pada 31 Oktober 2000. Pasti ialah Pusat Asuhan Tunas Islam, sebuah institusi dotrinasi anak-anak kecil oleh PAS.

Beratus-ratus pucuk surat dengan format yang sama juga dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang menjadi pemohon tanah balak kepada Pengarah Agensi Kerajaan Negeri, Pengarah Urusan NGO yang mesra kerajaan, Wakil-Wakil Rakyat, Exco bahkan Menteri Besar dan Timbalannya sepanjang 20 tahun pentadbiran ulamak bernama Nik Abdul Aziz di Kelantan.

Dalam bahasa pasar, ‘lu bagi gua itu balak, gua ‘derma’ lu duit untuk lu punya kocek…”

Lihat modus operandi ini,

  • Pemohon akan punya penaung.
  • Penaung akan bantu pemohon untuk dapat kelulusan.
  • Sebagai imbuhan kerana menolong, pemohon akan beri sejumlah wang kepada penaung.
  • Penaung ada hubungan rapat dengan pihak yang meluluskan permohonan.
  • Penaung dan pihak yang memberi kelulusan adalah entiti yang sama.

Bukankah itu rasuah namanya? Bersama-sama ini saya lampirkan beberapa pucuk surat yang ada diserahkan kepada saya oleh pembaca blog ini yang sudah muak dengan sikap hipokrit PAS Kelantan di bawah kepimpinan Nik Aziz.

Di dalam majalah Pengasuh bilangan 355 keluaran Jun 1967, Ustaz muda bernama Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ada menulis,

“Islam sejak dulu sampailah sekarang, bahkan hingga bila-bila pun, tidak akan meletakkan taraf ekonomi sebagai perkara pertama dalam agenda pembangunan manusia…”

“Di atas dasar inilah maka Islam berjalan begitu lancar sekalipun perekonomian Muhajirin begitu meleset dan dikalangan Ansar sendiri begitu kucar kacir kerana sebagaimana diketahui dunia orang yang memegang tampuk ekonomi di zaman awal Islam dahulu ialah Yahudi yang menjadi musuh ketat Islam sejak dahulu sampai sekarang.”

Bergerak diatas premis inilah, Nik Aziz rela melihat rakyat Kelantan dirundung kemiskinan kerana baginya pembangunan ekonomi tidak penting. Tetapi yang peliknya, hasil mahsul kekayaan negeri di sifon keluar olehnya untuk Parti PAS dan jenteranya. Lebih buruk lagi, anak-anak kecil mereka pun rela mereka doktrinkan dengan menggunakan duit rasuah.

Apakah di atas kehebatan ini, PAS sekali lagi mengangkat Nik Aziz sebagai Mursyidul Amnya untuk tempoh lima tahun lagi?


dari blog - kickdefella

Ahad, 28 Mac 2010

Dilema Calon Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor

Hulu Selangor mempunyai seramai 63,593 pengundi yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum. Jika dilihat daripada peratusan ini dan juga situasi politik semasa, peluang untuk BN memenangi kerusi ini adalah cerah sekiranya calon UMNO yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya kecil ini.

Namun adakah parti-parti komponen BN menyedari hakikat ini ? Dari pengamatan CCTV sejak akhir-akhir ini, nampaknya hanya UMNO sahaja yang bersungguh-sungguh untuk berubah dan cuba memenangi hati rakyat kembali TETAPI parti komponen yang lain terutamanya MIC dan Samy Vellu masih tidak mahu berubah dan sengaja menutupkan mata mereka melihat hakikat ini.

Memang kita akui dari segi agihan, memang kerusi ini milik MIC tapi dengan situasi politik sekarang BN mestilah berubah demi memastikan KEMENANGAN di dalam Pilihanraya Kecil P94 ini. Sudah sampai masanya untuk BN menentukan calon mengikut pasaran semasa. Tindakan Samy Vellu yang membuat pengumuman calon MIC melalui media dilihat seolah-olah Samy Vellu memaksa BN bersetuju dengan calon pilihannya.

Tindakan Samy Vellu yang begitu tergesa-gesa membuat kenyataan media ini juga dilihat seolah-olah beliau turut menutup pintu pemimpin MIC yang lain bagi menjadi calon kerusi ini. CCTV amat berharap Pengerusi BN akan mengambil satu keputusan yang bijak dalam menentukan calon mana yang dapat memastikan KEMENANGAN untuk BN.

Kita bertanding untuk MENANG bukannya bertanding semata-mata bagi memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini. Jika Samy Vellu sayangkan BN, maka CCTV tak nampak masalahnya untuk MIC beralah dalam perkara ini.

Jika Pakatan Rakyat yang terdiri daripada 3 parti yang berlainan matlamat dan ideologi boleh bertolak ansur dan sampai sanggup melupakan 'Hukum Hudud' dan 'Malaysia Malaysian' bagi memastikan musuh utama iatu BN Tumpang! Mengapa tidak MIC berfikiran terbuka dan tidak terlalu jumud bagi memastikan KEMENANGAN di dalam Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor...fikir-fikirkanlah....