Rabu, 31 Mac 2010

Apa dah jadi ? Baru 2 tahun perintah dah jadi mcam nie??

16 Ahli Majlis MDKP Dakwa Difitnah Buat Laporan Polis

JITRA, 30 Mac (Bernama) -- Seramai 16 orang ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) pada hari Selasa membuat laporan polis kerana mendakwa mereka difitnah seorang pegawai majlis itu melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Kedah bertujuan menjatuhkan maruah mereka.

Mereka turut mendakwa surat bertarikh 11 Mac itu yang seharus menjadi rahsia telah tersebar luas kepada umum.

Jurucakap kumpulan itu, Basir Ismail, yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat Daerah Kubang Pasu berkata, surat yang dihantar kepada Menteri Besar menyatakan kakitangan MDKP kecewa kerana kerajaan Kedah tidak membuat tapisan untuk melantik mereka, kononnya ada antara yang dilantik itu mempunyai rekod jenayah, bankrap dan mengganggu pentadbiran majlis.

"Kami membuat laporan ini untuk membersihkan nama kami dan bagi membolehkan polis menyiasat surat tersebut," kata Basir.

Ketua Polis Kubang Pasu, Supt Sawaluddin Hamenuddin, mengesahkan polis menerima aduan itu.

-- BERNAMA


Kalau UMNO semua RASUAH tapi Kalau Pakatan Rakyat SEDEKAH....

… Dan bahawasanya Jutapan Sdn Bhd dengan pendaftaran No: 156857-D adalah sebagai ‘Pemohon’ bagi tanah seluas 500 Ekar yang berada di Mukim Pulai daerah Galas Jajahan Gua Musang. Dan bahawasanya telah dipersetujui bersama diantara pihak tuan dan kami untuk memberi sumbangan derma seperti berikut:

  • Sumbangan tunai kepada “PASTI” dengan jumlah sebanyak RM 350,000 (tiga ratus lima puluh ribu genap).

Sumbangan derma ini akan diderma keluar bagi pihak tuan, setelah kelulusan oleh projek permohonan Jutapan Sdn Bhd dari pihak Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa Negeri Kelantan. Dengannya persetujuan tersebut, syarikat kami berharap pihak tuan dapat memaklumkan surat persetujuan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa…”

Itulah cebisan daripada surat yang keluar daripada Mr. Pee Ching Chuan kepada Wan Mohd Jamil Bin Wan Mahmood, Pengarah PASTI Negeri Kelantan, yang pada 31 Oktober 2000. Pasti ialah Pusat Asuhan Tunas Islam, sebuah institusi dotrinasi anak-anak kecil oleh PAS.

Beratus-ratus pucuk surat dengan format yang sama juga dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang menjadi pemohon tanah balak kepada Pengarah Agensi Kerajaan Negeri, Pengarah Urusan NGO yang mesra kerajaan, Wakil-Wakil Rakyat, Exco bahkan Menteri Besar dan Timbalannya sepanjang 20 tahun pentadbiran ulamak bernama Nik Abdul Aziz di Kelantan.

Dalam bahasa pasar, ‘lu bagi gua itu balak, gua ‘derma’ lu duit untuk lu punya kocek…”

Lihat modus operandi ini,

  • Pemohon akan punya penaung.
  • Penaung akan bantu pemohon untuk dapat kelulusan.
  • Sebagai imbuhan kerana menolong, pemohon akan beri sejumlah wang kepada penaung.
  • Penaung ada hubungan rapat dengan pihak yang meluluskan permohonan.
  • Penaung dan pihak yang memberi kelulusan adalah entiti yang sama.

Bukankah itu rasuah namanya? Bersama-sama ini saya lampirkan beberapa pucuk surat yang ada diserahkan kepada saya oleh pembaca blog ini yang sudah muak dengan sikap hipokrit PAS Kelantan di bawah kepimpinan Nik Aziz.

Di dalam majalah Pengasuh bilangan 355 keluaran Jun 1967, Ustaz muda bernama Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ada menulis,

“Islam sejak dulu sampailah sekarang, bahkan hingga bila-bila pun, tidak akan meletakkan taraf ekonomi sebagai perkara pertama dalam agenda pembangunan manusia…”

“Di atas dasar inilah maka Islam berjalan begitu lancar sekalipun perekonomian Muhajirin begitu meleset dan dikalangan Ansar sendiri begitu kucar kacir kerana sebagaimana diketahui dunia orang yang memegang tampuk ekonomi di zaman awal Islam dahulu ialah Yahudi yang menjadi musuh ketat Islam sejak dahulu sampai sekarang.”

Bergerak diatas premis inilah, Nik Aziz rela melihat rakyat Kelantan dirundung kemiskinan kerana baginya pembangunan ekonomi tidak penting. Tetapi yang peliknya, hasil mahsul kekayaan negeri di sifon keluar olehnya untuk Parti PAS dan jenteranya. Lebih buruk lagi, anak-anak kecil mereka pun rela mereka doktrinkan dengan menggunakan duit rasuah.

Apakah di atas kehebatan ini, PAS sekali lagi mengangkat Nik Aziz sebagai Mursyidul Amnya untuk tempoh lima tahun lagi?


dari blog - kickdefella

Ahad, 28 Mac 2010

Dilema Calon Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor

Hulu Selangor mempunyai seramai 63,593 pengundi yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum. Jika dilihat daripada peratusan ini dan juga situasi politik semasa, peluang untuk BN memenangi kerusi ini adalah cerah sekiranya calon UMNO yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya kecil ini.

Namun adakah parti-parti komponen BN menyedari hakikat ini ? Dari pengamatan CCTV sejak akhir-akhir ini, nampaknya hanya UMNO sahaja yang bersungguh-sungguh untuk berubah dan cuba memenangi hati rakyat kembali TETAPI parti komponen yang lain terutamanya MIC dan Samy Vellu masih tidak mahu berubah dan sengaja menutupkan mata mereka melihat hakikat ini.

Memang kita akui dari segi agihan, memang kerusi ini milik MIC tapi dengan situasi politik sekarang BN mestilah berubah demi memastikan KEMENANGAN di dalam Pilihanraya Kecil P94 ini. Sudah sampai masanya untuk BN menentukan calon mengikut pasaran semasa. Tindakan Samy Vellu yang membuat pengumuman calon MIC melalui media dilihat seolah-olah Samy Vellu memaksa BN bersetuju dengan calon pilihannya.

Tindakan Samy Vellu yang begitu tergesa-gesa membuat kenyataan media ini juga dilihat seolah-olah beliau turut menutup pintu pemimpin MIC yang lain bagi menjadi calon kerusi ini. CCTV amat berharap Pengerusi BN akan mengambil satu keputusan yang bijak dalam menentukan calon mana yang dapat memastikan KEMENANGAN untuk BN.

Kita bertanding untuk MENANG bukannya bertanding semata-mata bagi memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini. Jika Samy Vellu sayangkan BN, maka CCTV tak nampak masalahnya untuk MIC beralah dalam perkara ini.

Jika Pakatan Rakyat yang terdiri daripada 3 parti yang berlainan matlamat dan ideologi boleh bertolak ansur dan sampai sanggup melupakan 'Hukum Hudud' dan 'Malaysia Malaysian' bagi memastikan musuh utama iatu BN Tumpang! Mengapa tidak MIC berfikiran terbuka dan tidak terlalu jumud bagi memastikan KEMENANGAN di dalam Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor...fikir-fikirkanlah....

Jumaat, 26 Mac 2010

Rukun Negara??? Mana sokongan Guan Eng & Karpal Singh

Pindaan Rukun Negara, cadangan dari Presiden PAS dapat SOKONGAN dari Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

CCTV : Setakat nie.....dok nampak hanya Naib Presiden PAS ajer yang menyuarakan sokongannya...cctv dok tunggu sama ada Guan Eng dan Karpal Singh nak sokong dak Presiden PAS nie...

Isu Ayaq...dimana penyelesaiannya?

Pengurusan air Kedah dah pun diuruskan oleh Syarikat Air Kedah Darulaman ( SADA) tapi pengurusan air Kedah bukan dok takok lama tapi yang dok memeningkan KAPALA prestasi bertambah TERUK...gena nie Ustaz Azizan...SADA dah jadi Syarikat Air Datuk Azizan..Masalah bertambah! Tu pun jangan....Ustaz Azizan baguih tak macam Khalid si gagap, nik ajis si nyanyuk & Guan Eng si khalifah SEBENARNYA Si azizan nie baguih sbb tak banyak SALAH yer la salah dia cuma tak BUAT KERJA...hahhahhahhah ( seronok lebih...tgk azizan tak buat keje)